Resipi laksa Johor
Bahan-bahannya:
Kuah Laksa:
Bawang merah besar
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
*Kelima-lima bahan diatas hendaklah dikisar terlebih dahulu
Cili kering yang telah dikisar
Serbuk kari
Ikan yang telah direbus dan dikisar
Udang yang telah direbus dan dikisar
Santan
Kerisik
Asam keping
Garam secukup rasa
Mee laksa:
Sphagetti
Bahan sampingan:
Timun yang dihiris
Salad yang dihiris
Telur rebus
Taugeh
Tauhu goreng
Daun pudina
Sambal belacan
Cara memasak kuah:
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas yang telah dikisar tadi sehingga berbau harum.
Masukkan cili giling dan tumis sehingga minyak pecah.
Kemudian masukkan pula serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan pula ikan dan udang yang telah dikisar.
Setelah mendidih, masukkan santan.
Masukkan pula kerisik.
Akhir sekali, masukkan beberapa keping asam dan garam secukup rasa. Begini lah rupanya kuah yang telah siap.
Laksa ini kemudian dimakan bersama-sama bahan sampingan yang telah disenaraikan dengan menggunakan tangan.
*Harap maaf, tiada gambar laksa Johor yang lengkap. Laksa telah dilantak sehingga licin segala-galanya. Terima kasih kepada mereka yang telah melicinkannya.
wah2.. bile mau masak utk soya ni? drool~
wah2.. bile mau masak utk soya ni? drool~
haaa..
mari la sini..
nnt kite masak same2..
haaa..
mari la sini..
nnt kite masak same2..
semangat memasak bila ada orang inspire. lalalala~
semangat memasak bila ada orang inspire. lalalala~
dah ade orang inspire ke?
lalallalalaalalla..
omar must be proud of you..
and he must be proud of me too sbb sanggup nak ajar you..
dah ade orang inspire ke?
lalallalalaalalla..
omar must be proud of you..
and he must be proud of me too sbb sanggup nak ajar you..
sedapnya laksa.. thx for thev recipe..terasa nk try nnt2
sedapnya laksa.. thx for thev recipe..terasa nk try nnt2