Hati yang bulat.

Bulatkan hati. Biar selaras dengan bentuk muka dan bentuk badan sendiri. Hati kena bulat. Tekad. Nekad. Jangan pandang belakang. Terasa bulatan hati goyah dengan sms ibunda? Kuatkan kuda-kuda. Pacak batang pisang jangan biar todak menyerang lagi. Jangan biarkan air mata menitis berjujuran. Cukup sudah 3 hari. Eh, bercucuran lah, berjuraian. Bukan berjujuran. Huks. Kini rasanya sudah tekad dan nekad dengan keputusan yang dibuat. Keputusan yang rasanya macam melibatkan hidup dan mati. Sudah tahu nak membelok ke simpang mana di sebuah persimpangan dilema. Rujukan pon telah dibuat. Jauh nun di Sri Lanka. Rujukan saya pon telah memberikan kata-kata persetujuan, kata-kata perangsang. Lebih tekad rasanya. Tekad? Ya, saya tekad dan nekad. Saya dah isi borang itu. Saya dah letak negeri pilihan penempatan. Saya letak sekali daerah dan kawasan yang saya mahukan dalam catatan tambahan.
Negeri mana jadi pilihan?
Selangor Darul Ehsan.

Kenapa Selangor?
Kerana saya mahu mencuba nasib di tempat baru. Dan kalau boleh, tidak mahu menggunakan kabel yang ada untuk mendapatkan tempat di sesebuah sekolah.

Daerah mana jadi pilihan?
Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam.

Kenapa Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam?
Kerana saya merasakan kos hidup tidaklah tinggi di kedua-dua kawasan itu. Kawasan itu juga tidak dikongkong oleh urbanisasi (seperti mana Kuala Lumpur) malah tidak lah juga ketinggalan atau terlalu kekampungan. Kedudukan geografi kedua-dua daerah ini adalah di dalam laluan perjalanan Sitiawan-Kuala Lumpur. Lantas, memudahkan saya pulang ke Sitiawan dan juga beronggeng di Kuala Lumpur.

Ada bandar tambahan?
Ada. Shah Alam.

Kenapa Shah Alam?
Tak tahu. Ini saya memang tak tahu. Rujukan saya di Sri Lanka yang mencadangkan Shah Alam dan saya rasa tak ada salahnya kalau saya letak Shah Alam.


Begitulah. Selama 3 hari konflik saya rasakan. Air mata pon banyak yang tumpah. Benda lain boleh pulak tak nangis. Isu negeri pilihan penempatan pulak yang ditangisi. Cis. Dah. Hantar borang tu kat tQa. Biar tiada tangan yang gatal pegi tukar kawasan yang dimahukan. Bukan tangan je yang gatal. Biar tiada fikiran atau perasaan yang bergolak lagi. Sudahlah. Zas.

4 Thoughts.

  1. Cikgu Fuziah, Alin dia mintak kat Selangor sebab dekat dengan Mid Veli. Boleh makan dekat pasar ikan dengan lepak Stabak.

    Lagi satu senang dia nak claim bet dia menang EPL. Haha.

  2. Cikgu Fuziah, Alin dia mintak kat Selangor sebab dekat dengan Mid Veli. Boleh makan dekat pasar ikan dengan lepak Stabak.

    Lagi satu senang dia nak claim bet dia menang EPL. Haha.

  3. cry4freedom:

    Hish kamu ni. Jangan ditambah2 lagi alasan sebegitu. Ada yang Cikgu Fuziah isi lagi satu borang anta kat BPG sendiri kang.

  4. cry4freedom:

    Hish kamu ni. Jangan ditambah2 lagi alasan sebegitu. Ada yang Cikgu Fuziah isi lagi satu borang anta kat BPG sendiri kang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *