Minyak lagi tak habis-habis.

Harga minyak naik. Semua sedia maklum. Harga petrol yang baru sekarang ni RM2.70 seliter. Tujuan harga minyak dinaikkan atau pembubaran subsidi minyak adalah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak berapa billion entah saya malas nak ambil tahu. Ini informasi yang saya dapat dari Buletin Utama TV3 setelah berkuat kuasanya harga baru minyak petrol dan diesel. Jimatkan perbelanjaan kerajaan je ke? Habis tu bagaimana pula dengan perbelanjaan rakyat? Macam mana rakyat nak berjimat kalau harga minyak petrol naik? Bila harga petrol naik harga barang runcit pon naik. Semua harga pon naik. Boleh ke rakyat jimat? Saya rasa ada rakyat yang terpaksa gunakan duit yang telah diketepikan untuk simpanan masa depan.

Pada hari yang sama, ada lah rakyat yang menghantar email kepada TV3, memberikan cadangan bagaimana kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan. Antara cadangannya adalah kurangkan 70% elaun Perdana Menteri sendiri dan kurangkan 50% elaun menteri-menteri. Wow. Pedas cadangan itu. Saya suka. Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan benda yang sama. Tapi tengok lah reaksi menteri ni, dikatakannya tidak rasional pemotongan elaun menteri dibuat.

”Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.

”Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

*dipetik dari Akhbar Utusan Online hari ini: Potongan elaun menteri tidak rasional

Oh, tak rasional ye. Kenapa? Sebab kalau elaun menteri kena potong, elaun dia sekali lah kena potong. Kalau elaun dia kena potong, macam mana nak hidup mewah, nak pakai kereta besar. Rakyat ni dah takde yang hidup mewah. Semua terbeban dah sekarang ni.

TPM mintak rakyat ubah cara hidup. Ubah bagaimana ya? Kurangkan perbelanjaan? Macam mana nak kurang kalau harga barang semua naik? Kurangkan pergi bercuti? Kurangkan cuti dalam negara sekali. Habis tu macam mana negara nak dapat keuntungan dari bidang pelancongan. Semua orang duduk rumah je pada hujung minggu. Jangan keluar langsung hatta nak beli suratkhabar pon. Baca yang online sudah. Jalan lengang jadiknya hujung minggu. Aha, mungkin kerajaan patut kurangkan acara berlibur-libur tu kot. Macam sambutan ulang tahun tu semua. Tak perlu sambut. Yang perlu kita sambut Maal Hijrah.

Entah apa nak jadik sekarang ni saya pon tak tau. Saya mula menyampah. Walaupun saya takde kereta, tapi saya terasa bebannya sekali. Tak sabar nak tunggu reaksi mak, mak cik pakcik saya sesudah mereka pulang umrah ni. Harus ada yang menyumpah seranah segala bagai. Haha.

Sudahlah. Asyik cerita pasal minyak petrol je. Baik berita pasal minyak zaitun yang dihidangkan bersama roti dekat Italianniese. Itu lagi sedap. Aum ngap.

14 Thoughts.

  1. sian kat cik kiki saya..rega minyak naik..tapi nasib baik skool sama umah 10 minit jer..so leh tetap maintain vogue gi skool…aumm ngap…

  2. sian kat cik kiki saya..rega minyak naik..tapi nasib baik skool sama umah 10 minit jer..so leh tetap maintain vogue gi skool…aumm ngap…

  3. Along:
    Walaupun lega ke vogue ke, tapi ikan-ikan i jangan lupa bagi makan. Kalau Alin tgk depa kurus, I’ll blame u hahahaha. Ingat, jangan bagi diorang terapung.

    cry4freedom:
    Downgrade balik ke apa. Haha. Kembali kepada manual setelah dua minggu berautomatik. Nak kaya, nak save duit minyak kena bersusah payah sikit. Haa pakai balik Kancil.

  4. Along:
    Walaupun lega ke vogue ke, tapi ikan-ikan i jangan lupa bagi makan. Kalau Alin tgk depa kurus, I’ll blame u hahahaha. Ingat, jangan bagi diorang terapung.

    cry4freedom:
    Downgrade balik ke apa. Haha. Kembali kepada manual setelah dua minggu berautomatik. Nak kaya, nak save duit minyak kena bersusah payah sikit. Haa pakai balik Kancil.

  5. huhuuuu…
    apa salah nya elaun menteri dikurangkan…
    sekurang2 nya….
    minyak xde la naik setinggi tu..
    apakah motif sebenar nya ni……
    malaysia oh malaysia!!!

  6. huhuuuu…
    apa salah nya elaun menteri dikurangkan…
    sekurang2 nya….
    minyak xde la naik setinggi tu..
    apakah motif sebenar nya ni……
    malaysia oh malaysia!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *