Syawal 1429H

Dengar-dengar itu, beduk telah berbunyi. Sebulan puasa, tamatlah hari ini.

Dengan itu, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Ampun maaf, zahir dan batin andai kata ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, terpukul, tertendang atau ter-physically abuse. Salam Aidilfitri.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan penulis lirik lagu raya atau penulis skrip drama hari raya agar double check segala lirik atau skrip yang telah ditulis. Ada lagu yang liriknya, ‘Kepada sanak saudara dan saudari’ dan ada pula skrip drama yang berbunyi begini, ‘Malam ni kan malam raya, semua orang kan pegi tarawikh’. Oh salah konsepnya tu. Tak betul. Ambil iktibar ya. Haha.

Baiklah. Selamat pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya.

Daa.

2 Thoughts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *