Hari ni masuk hari raya ketiga. Masih sibuk lagi kesana kemari nak jengah sanak saudara. Ada juga yang baru mula balik kampung hari ni sebab majikan time gini baru nak approve cuti. Kalau tak, takkanlah ada seorang ahli keluarga saya terdekat baru nak merasa duduk rumah, katanya dia cukup hangin dengan boss Dell Cyberjaya, yang sepatutnya dia nak beraya ke rumah buah hati dekat Marang sana tapi apakan daya. Ada juga yang kerja shift sampai pagi raya terus menerus cutinya sampai hujung minggu. Triple pay katanya ha ha ha. Saya rasa majikan kebanyakannya lebih longgar polisinya dengan staff yang sudah berumahtangga lagi beranak pinak. Prioritas namanya.
Yang kini berada di kampung. Seronoknya dikelilingi saudara mara. Boleh umpat mengumpat. Time gini lah waktu sesuai nak canang kehebatan dan archivement masing masing tika berada di bandar tempat bekerja. Baru dapat bonus ke, pangkat naik ke. Kepada yang baru beli kereta, time raya ni la nak tayang kat orang kampung biar berdecit decit orang kampung lihat padahal Proton Saga BLM je hehe. Ada orang kampung yang punya traktor pun tak riak macam dia. Yang baru kahwin seronok ke sana ke mari ziarah sanak saudara dan orang orang kampung padahal dulu tak pernah kisah pun nak jengah tanya khabar. Semata nak tayang bini baru. Ha ha nilah orang rumah saya yang baru. Cekgu oghang ghumah saye ni. Oh cikgu mane? Cikgu sekolah rendah ajar Bahasa Inggeris. Oh cakap omputeh mestilah hebat berasap. Compact powder dia eja compaq powder. Ha, high tech tak? Mestilah. Dulu duduk obersi stadi setahun setengah, banyak belajau sudah, tapi accent dia masih jawa sikit sikit. Dia kata dia tak reti nak cakap accent Scottish yang jelas lagi tebal “R” nye tu. Igham ma’alghunnah. Ha ha takdelah gurau saje. Pengaruh Call of Duty 4 kuat sangatlah saye ni.
Tu ceghite orang yang beraya di kampung. Kalau nak kabo pasal ceghite orang tak balik beraya ni, habis raya ke lapan pun tak sudah. Selalu sebab musabab kenapa mereka ni tak balik beraya itulah samada terpaksa kerja sebab cuti tak dapat approval, ataupun dah takde kampung lagi, ataupun kampung dia memang kat situ, stay dengan mak bapak nak balik mana lagi. Aktiviti orang tak balik beraya ni mudah sebenarnya. Tak variasi sangat. Simple. Macam makan Almond London, makan saje kukisnya, pembalut buang, jangan masuk balik dalam balang nanti tuan rumah marah. Aktiviti contoh seperti tido sampai tengahari, ataupun mengadap TV. Yang ada Internet 24 jam tu bolehlah caruk online seperti hari tak raya. Contact list pun samada ramai atau tak ramai bergantung kepada faktor geografi dan juga sosial. Kebanyakan mereka ni online tapi idle. Idle bersebab samada dia sibuk tengok tv atau layan tetamu atau keluar beraya. Waktu raya ke-3 ni kebanyakan mereka yang duduk sebelah nyebelah ni pun balik kampung jadi pilihannya kurang satu. Jadi jangan tertipu jika tengok contact list ramai online pun belum tentu diorang nak reply. Baik lupakan saje.
Tentang tengok TV waktu raya ni saya cukup tak gemar sebenarnya. Sebab rancangan yang mereka saji untuk kita ni merapik bagai takde kena mengena dengan semangat Syawal. Memang potong mood tika sanak saudara ramai datang ziarah gelak hu ha kunyah ketupat tetiba tunjuk drama sedih hari raya. Hari raya kan untuk gumbira selepas sebulan menahan nafsu lapar dahaga. Cerita pasal anak derhaka tak balik kampung lapan kali raya lah, isteri derhaka yang insap di penghujung Ramadhan ke 28 atau 29. Selalunya hujung hujung puasa mesti ada bala berlaku contohnya tergelincir masuk ke dalam kuali minyak panas nak goreng kuih loyang ataupun mercun roket masuk kain meletup kepow, maka nak dijadikan cerita 1 Syawal mesti sudah insaf karamallhu wajhah dulu seksi tetiba baju kurung penuh tutup litup kalah Siti Nurhaliza balik umrah. Benda ni pun diulang ulang sajey ceghitenye, konsep sama cuma latar belakang, pelakon dan dialog saja yang diubah sikit bagi nampak lain sikit.
Kalau nak ceghite lagu raya pulak, saya cukup tak gemar lagu raya yang sedih, sedih tak dapat pulang beraya sebab tiket bas habis awal ataupun kena cong dengan ulat tiket kat Puduraya. Setiap tahun jugek diulang. Tak belajar daripada kesilapan ke. Cuba belajar book tiket daripada awal, ataupun kumpul duit lebih sikit boleh naik Air Asia. Takde isu lagu raya sedih mendayu dayu tak dapat pulang. Anehnya. Patut gembiralah. Cuba dengar lagu Uji Rashid dan Hail Amir, Seloka Hari Raya. Mana ada elemen sedih, dengar pun enjoy. Siap macho lagi Hail Amir nak usha Uji Rashid pergi beraya jek jek Uji Rashid kata manish lagi chantek bergaya. Ha ini la baru namanya lagu raya. Ini tak termasuk lagu raya yang jaguh tapi dinyanyikan dek artis sekarang macam Tomok New Boyz ataupun Sofaz. Boo album tak laku kemudian nak carik duit cepat jual album kompilasi lagu raya terhebat. Sudahlah.
Panjang pulak membebel ni. Seronok pulak tulis entri kat blog orang ha ha ha. Oh saya ni bukan Alin. Alin dia beraya dekat Muo sana. Pegi Muo pakai selipo nak kena tampo? Duit rayanya banyak. Boleh bayar bil household sebulan. Dia yang kata gitu dalam telefon tadi. Katanya dia gagal untuk online sebab katanya Meksis broadband tak boleh diharap kat sana. Tadi dalam telefon pun kena hello lapan kali baru ya ya saya dengar. Ni apatah lagi wireless broadband memang kecundang tak ragu lagi.
Sudahlah, saya permisi dulu sudah pagi 3.36 waktu orang tidur patutnya tapi bilik saya terang benderang. Berkira kira apa nak dibuat esok. Semua dekorasi rumah untuk showoff kepada tetamu selesai sudah sejak pagi lagi. Nanti kalau saya bosan, saya tulis entri lagi ya sempena tuan rumah outstation sampai Sabtu. Sampai Sabtu ke? Entah katanya Sabtu. Babai. Salam. Daaa. Zas.