Junaidah I.

Ding ding dang dang ding.
Ding ding dang dang ding.
Ding dang ding dang.
Ding ding dang dang ding.

Abang Ramlee…
Junainah..
Junaidah, yang itu Junainah.
Oh, Junainah pon ada rupanya ya.
Ya. Ini kopinya, bang Ramlee.
Terima kasih. Susah-susah saja. Hehehe.
Sinilah.
Terima kasih, Junainah.
Junaidah!
Aih, ya ya ya. Sudah tentu. Sudah tenttuuuuu. Jangan marah. Hihihi. Jemput minum. Mmm, sedaaaappppp.

Sudah! ko jangan tersengeh-sengeh kat situ.
Issshhh. Cemburu lah kakak ni.

Hehe. Sudahlah hitam, manis, sedappp. Kopi lah, kopi. Junainah, Junainah. *sigh*

Lihatlah
Lihat dia bermesra
Membelai kekasihnya
Sepenuh hati dan jiwa

Dengarlah
Nada sukma kasihnya
Membalas belai mesra
Berlagu
Kaulah kekasihku

Leka
Ku dibelai mesra
Jarimu merayu
Menggoda di dada
Binasalah aku
Hanyut kepadamu
Kerana leka
Dan juga tergoda
Belaianmu mesra

Eh eh eh. Lebih-lebih la kamu.
Lihat itu.
Sampai hati kamu mendahului kami semua.
Shhhh! Dia kan sedang bercanda.
Aduhaiii.

Apakah
Akan begitu kita
Andai ditakdir pula
Kita semua kasihnya
Dengarkah
Degupan jantung hati
Gelora cinta kami
Menyanyi
Kau lah cinta sakti

Leka
Ku dibelai mesra
Jarimu merayu
Menggoda di dada
Binasalah aku
Hanyut kepadamu
Kerana leka
Dan juga tergoda
Belaianmu mesra

[audio:http://alinyussuff.net/wp-content/uploads/2008/12/atilia_-_leka.mp3]

Azizah II.

Ramlee.
Azizah.
Mengapa kau tergesa pergi tadi?
Kerna sudah sampai masanya aku pergi, sampai masa juga kau meninggalkan ku.
Azizah, aku tak perlu ke Singapura, Azizah. Aku senang di sini bersama kau.
Ia takkan membawa kau kemana-mana, Ramlee. Kau, aku, mungkin bukan ini takdir kita.
Apa takdir kita, Azizah?
Bertemu dan berpisah.
Azizah, kau tahu benar perasaanku terhadapmu, bukan?
Aku juga tahu hati dan jiwamu. Kita sudah sempurna, Ramlee. Bukankah aku kini lagumu?
Iya, kau laguku. Aku irama. Andai terpisah.
Begitu juga aku dan keluargaku.
Azizah.
Ramlee.
Azizah.
Cukup nama itu kau ucapkan. Sempurna nama itu kau lagukan.
Kau yang bernama, satu dalam seribu.
Hanya satu lagu dari ribuan iramamu.
Belum mungkin seindah namamu.

Oh nonaku Azizah. Oh nonaku Azizah.

Apakah kau akan mengingati ku, Azizah?

Tiada sesiapa
Dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta
Kasih sayang senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti kuingati
Apapun jua akhirnya
Aku kan tetap mengingati mu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta kali pertama

Kau sentiasa di hatiku, Azizah. Walau kemana ku pergi.

Kasih sayang senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti kuingati
Apapun jua akhirnya
Aku kan tetap mengingati mu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta kali pertama

Selamat tinggal, Ramlee.

Kau sentiasa dihatiku, Azizah.

Azizah.

Satu dua tiga…Aziiizzaaaahhhhh.

Haaa, tu dia.

Azizah, hang tak pi ka malam ni?
Cheq memang nak pi pon, tapi..

Azizah! Hang pi mana?
Kat sini la mak, mak yang lambat.
Ooohh, Abu! Muat ke reta? Geram je rasa macam nak beli satu kedai. Azizah, jom pi kedai nun.
Mak, Zizah rasa Zizah nak pi makan cendoi sat la, mak.
Hang tok sah dok mengada-ngada, Zizah. Pantang tok nenek aku orang makan cendoi.
Mak, Zizah teringin sangat nak makan cendoi. Boleh la, mak.
Hang ni mengalahkan orang mengandung pulak aih. Cepat! Jumpa mak kat kedai nun.
Ye, mak.
Isshhhhh.

Nah, dari Ramlee.

Lihat, lihatlah senyumnya
Dapat surat cinta
Dari mambang hati
Kasihnya Ramlee
Apa, apakah katanya?
Bila dan di mana
Mata ah temu mataaaa

Ramlee nak cheq pi sana la malam ni.
Abih tuuu..
Di, cheq rasa cheq x dapat pi la pesta tu malam ni. Hangpa semua bukan tak tau mak cheq lagu mana.
Awat hang ni? Ramlee betul-betul nak hang mai hang tau dak.
Hang kene pi, Azizah.
Hang kene dengar sendiri dia nyanyi.
Haaaa..
Hang mai lah malam ni no.

Hati ingin kepadanya
Mendengar nyanyian
Lagunya untukku

Lagu tu kan untuk hang, Azizah.

Tapi apa alasanku
Menurutkan hati
Sedangkan ibuku enggan memahami

Alasan!