Orkid-lah!

Me: Maa, Alin beli buku Nigella Lawson dengan Jamie at Home. Tengok-tengok resipi kat situ.
Mama: Buku ape?!?
Me: Ala, Nigella, pompuan yang masak-masak tu.
Mama: Oh.
Me: Dengan Jamie at Home.
Mama: Oh, Jamie Oliver tu.
Me: Ha’ah. Kan selalu kita tengok dalam TV kan dia petik-petik, cabut-cabut je dari garden dia kan, pastu terus masak kan.
Mama: Ha’ah.
Me: Yang Alin beli ni buku rancangan yang tu la. Dalam tu ada ajar macam mana nak tanam sayur-sayur, kentang, bawang semua. Mama pon boleh belajar.
Mama: Haa, oklah tu. Nanti dia pon boleh belajar tanam orkid dengan Mama.
Me: …….. Hahahahaha. *gelak guling-guling*

<3 ?

“You can’t love someone that you can’t have. You can’t teach a heart whom to love, and you can’t teach your heart how to love… and it always happens that the only person that you want to catch you when you fall, is that someone you can’t have.”

Bismillahhirahmannirrahim~

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
agar kemesraan itu abadi…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
ketepian yang sejahtera abadi…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
dia bukan milikku…
bawalah ia jauh dari pandanganku…
luputkanlah dia dari ingatanku…
dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
berikanlah aku kekuatan…
melontar bayangannya jauh ke dada langit…
hilang bersama senja nan merah…
agarku bisa bahagia…
walaupun tanpa bersama dengannya…
dan Ya Allah yang tecinta…
gantilah yang telah hilang…
tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah Ya Tuhanku…
pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
adalah yang terbaik buatku…
kerana Engkau maha Mengetahui…
segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…
cukuplah engkau sahaja yang jadi pemeliharaku…
di dunia dan di akhirat…
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini…
jangan Engkau biarkan aku sendirian…
di dunia ini mahupun di akhirat…
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku…
keturunan yang soleh…

Amin… Ya Rabbal A’lamin…

p/s: tq TqaHanif for the picture..