Alasan Kosmetik

Langkah-langkah kini diambil untuk menjimatkan RM2 billion perbelanjaan kerajaan. Aik? 2 billion je ke? Kenapa tak 18 billion ke? 38 billion ke? Oh jimat, sikit-sikit je dulu. Oh camtu, so sekarang ni nak potong 10% elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri sekali dengan timbalan menteri. Hurm hurm. 10% je ke? Jimat jugak ke? Bila potong 10 % elaun keraian dapat jimat RM2 billion. Kenapa tak potong 50% ke 60% ke? Ataupun kan, apa kata kalau potong terus elaun-elaun tu semua. Agaknya mungkin boleh jimat dalam RM58 billion perbelanjaan kerajaan. Zas. Haa senang cerita, potong banyak-banyak terus tak payah nak pikir cara lain nak kurangkan perbelanjaan kerajaan lagi. Ini lagi satu alasan kosmetik.

Lepas tu ada apa ke nama website tu. Oh, Warkah untuk PM. Itupun sama alasan kosmetik jugak. Konon-konon nak dengar suara hati rakyat. Ala, PM sendiri ke yang bukak website tu baca seketul lepas seketul isi hati rakyat. Mesti tak kan. Mestilah ada moderator yang baca kan. Haa, lepas tu kenapa website tu tak bagi rakyat jelata pengguna internet ni akses luahan isi hati mereka yang hantar? Mesti ada sebab kan. Lepas rakyat klik submit agaknya terus masuh trash bin kot luahan hati mereka tu. Ye la. Kalau kata PM baca pon, sanggup ke baca apa rakyat dah tulis. Lagi-lagi lepas harga petrol naik. Sanggup ke? Sanggup? Alasan kosmetik jugak ni.

Haha. Lepas tu Pemuda UMNO pon nak jugak buat blog. Tegurlah kami katanya. Hahahaha. Gelak kejap. Murni niatnya. Baik sungguh. Nak perbetulkan apa yang tak betul ya. Tapi, hahaha, tapi tu tetap ada. Blog ni katanya dibuka 44 hari je. Aik 44 je. Tak sanggup buat lebih ke ape? Itu satu saya dah musykil. lepas tu algi satu ni kan, kalau dah buat kat blogspot kan. Takkan la moderator nye bodoh sangat tak buat comment upon approval kan. Haha. Eh, tak bodoh nampaknya, saya sendiri tinggalkan komen tadi. Seperti yang dijangkakan, inilah yang saya terima lepas saya klik sumbit comment ‘Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval’. Haha. Dah paham sangat. Baca komen yang ada pon puji memuji saja. Saya rasa ini pon satu alasan kosmetik.

Huh macam-macam lah alasan kosmetik. Nak tutup cacat cela. Ish, menyampah lah. Huks.

Minyak lagi tak habis-habis.

Harga minyak naik. Semua sedia maklum. Harga petrol yang baru sekarang ni RM2.70 seliter. Tujuan harga minyak dinaikkan atau pembubaran subsidi minyak adalah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak berapa billion entah saya malas nak ambil tahu. Ini informasi yang saya dapat dari Buletin Utama TV3 setelah berkuat kuasanya harga baru minyak petrol dan diesel. Jimatkan perbelanjaan kerajaan je ke? Habis tu bagaimana pula dengan perbelanjaan rakyat? Macam mana rakyat nak berjimat kalau harga minyak petrol naik? Bila harga petrol naik harga barang runcit pon naik. Semua harga pon naik. Boleh ke rakyat jimat? Saya rasa ada rakyat yang terpaksa gunakan duit yang telah diketepikan untuk simpanan masa depan.

Pada hari yang sama, ada lah rakyat yang menghantar email kepada TV3, memberikan cadangan bagaimana kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan. Antara cadangannya adalah kurangkan 70% elaun Perdana Menteri sendiri dan kurangkan 50% elaun menteri-menteri. Wow. Pedas cadangan itu. Saya suka. Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan benda yang sama. Tapi tengok lah reaksi menteri ni, dikatakannya tidak rasional pemotongan elaun menteri dibuat.

”Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.

”Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

*dipetik dari Akhbar Utusan Online hari ini: Potongan elaun menteri tidak rasional

Oh, tak rasional ye. Kenapa? Sebab kalau elaun menteri kena potong, elaun dia sekali lah kena potong. Kalau elaun dia kena potong, macam mana nak hidup mewah, nak pakai kereta besar. Rakyat ni dah takde yang hidup mewah. Semua terbeban dah sekarang ni.

TPM mintak rakyat ubah cara hidup. Ubah bagaimana ya? Kurangkan perbelanjaan? Macam mana nak kurang kalau harga barang semua naik? Kurangkan pergi bercuti? Kurangkan cuti dalam negara sekali. Habis tu macam mana negara nak dapat keuntungan dari bidang pelancongan. Semua orang duduk rumah je pada hujung minggu. Jangan keluar langsung hatta nak beli suratkhabar pon. Baca yang online sudah. Jalan lengang jadiknya hujung minggu. Aha, mungkin kerajaan patut kurangkan acara berlibur-libur tu kot. Macam sambutan ulang tahun tu semua. Tak perlu sambut. Yang perlu kita sambut Maal Hijrah.

Entah apa nak jadik sekarang ni saya pon tak tau. Saya mula menyampah. Walaupun saya takde kereta, tapi saya terasa bebannya sekali. Tak sabar nak tunggu reaksi mak, mak cik pakcik saya sesudah mereka pulang umrah ni. Harus ada yang menyumpah seranah segala bagai. Haha.

Sudahlah. Asyik cerita pasal minyak petrol je. Baik berita pasal minyak zaitun yang dihidangkan bersama roti dekat Italianniese. Itu lagi sedap. Aum ngap.

Semakan daftar pemilih.


Ok, nama di database SPR sudah disemak. Cik Alin akan mengundi untuk DUN Sitiawan, untuk Parlimen Lumut. Berdebar sudah. Duk dak duk dak. Pes taim ni. Haha. Eh, macam yang lain sudah berkali-kali je mengundi. Marilah. Mari kita apply cuti. Kedek-kedek berjalan ke HEP. ‘Saya nak minta cuti untuk sekian-sekian haribulan. Saya nak mengundi. Ini borang hijau saya.’ HEP tak nak bagi cuti? Mana boleh. Ini tanggungjawab ni. Masa depan saya dan rakyat. Sudahlah. Saya yakin cuti saya akan di-approve oleh HEP. Ah, mungkin masa mengundi nanti memang sudah diumumkan cuti pon. Beria sangat nak minta cuti ni, Cik Alin. Haha.

Meh, kita turun mengundi, jom.

*Teruja melihat nama sendiri bersama nombor-nombor dan status yang tak paham. Tapi, Azwan kata maksudnya kena turun mengundi lah tu. Baiklah.*

Saya pula bila?

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin menjadikan 10hb Oktober sebagai ‘Hari Angkasawan’, bertujuan untuk memperingati tarikh Dr Sheikh Muzaphar dihantar ke angkasa lepas. Kemudian, terdapat juga cadangan untuk membeli kapsul Sayouz yang akan dijadikan tugu peringatan. Saya hanya terfikir, bila pula tudung Sheikh (ala tudung Mawi) akan dijual di Jalan TAR untuk semua peminat wanita Dr Sheikh Muzaphar? Atau, jika Dr Sheikh Muzaphar menjadi tokoh inspirasi dan aspirasi negara untuk golongan muda, bila pula kita akan melihat topi keledar motosikal ala aksesori kepala sut angkasa lepas berada di pasaran untuk dipakai oleh semua mat rempit di Malaysia? Bila ye?

Mejar Dr Faiz Khaleed pula kena tunggu sehingga tahun 2011 untuk berkahwin atas alasan beliau mungkin tidak dapat menumpukan perhatian kepada latihan sekiranya terlalu teringatkan isteri dan anak-anak. Saya kena tunggu sampai bila pula ya?

Just a piece of my thought.