Surat untuk Ayah.

Salam Ayah,

Lama dah Alin tak tulis ape-ape pasal Ayah kan. Maaflah. Bukan Alin lupa, Alin tak pernah lupa. Tapi kadang-kadang Alin lebih cenderung tulis pasal bende yang terjadi dalam hidup. Cuma hari ni, rasa macam nak tulis kat Ayah.

Alin rindu kat Ayah sebenarnya. Tadi, lepas maghrib, Alin baca Yassin. Sebak dan sayu rasa hati ni. Alin mintak ampun, Ayah. Dah lama sangat Alin tak bacakan, tak sedekahkan Yassin untuk Ayah. Alin alpa, Alin leka. Tak sepatutnya Alin jadi begitu kan. Maaf ya. InsyaAllah, bila-bila Alin ada kesempatan, Alin sedekahkan Yassin untuk Ayah.

Alin pon dah lama tak ziarah rumah baru Ayah. Kali terakhir Alin ziarah rumah baru Ayah, Alin bawak kawan Alin. Alin dengan kawan Alin cabut rumput-rumput yang ada. Tapi Alin tak bacakan Yassin pon. Air pon Alin tak bawakkan. Dah lah tu, Alin pakai t-shirt lengan pendek je ziarah Ayah. Aurat pon tak tutup lengkap. Mintak ampun, Ayah. InsyaAllah, balik dari kampung nanti, Alin ziarah rumah baru Ayah.

Ayah,

Ayah nak tau, tinggal esok dengan Sabtu je Alin kat IPBA ni. Alin dah habis belajar. Alin dah graduate. Alin dah lengkapkan lima tahun setengah TESL ni. Tinggal nak pegang ijazah tu kat tangan je. Kalau Ayah tak suruh jugak Alin amik course ni, Alin tak tahu Alin kat mana sekarang. Ada kerja ke, menganggur ke, merempat ke. Tak tahu. Syukur, Ayah pujuk Alin, Ayah nasihat Alin dengan kebaikan-kebaikan jadi cikgu ni. Terima kasih, Ayah.

Tiap-tiap kali Alin habis satu phase dalam course ni, Alin terkenangkan Ayah. Alin pernah nangis lepas hantar kertas periksa. Alin rasa sebak sebab Ayah dah takde. Rutin Alin hantar SMS atau telefon Ayah lepas tiap kali exam untuk bagitahu semuanya dah selesai. Tapi hari tu Alin betul-betul rasa kehilangan Ayah sebab Ayah takde untuk Alin bagitahu semua tu.

Alin rasa sayu jugak waktu praktikum. Ayah takde untuk Alin ceritakan hal-hal sekolah, susah payah naik teksi pergi balik sekolah. Tapi yang buat Alin kuat teruskan semua sebab Alin selalu ingat, Ayah nak Alin jadi cikgu. Walau Ayah dah takde, Alin kene teruskan, Alin kene jadi cikgu yang macam mana Ayah nak.

Alin pernah rasa nak quit, rasa nak berhenti je course ni. Especially time semua orang ada kat rumah ziarah rumah baru ayah di pagi raya, buat korban kat kampung, tapi Alin takde. Alin jauh belajar kat tempat orang. Mama yang sedarkan Alin. Mama cakap, Ayah takkan mahu kalau Alin quit begitu sahaja. Betul kata Mama, kalau Alin quit, mungkin Ayah lebih kecewa dengan tindakan Alin.

Ayah,

Alin dah dapat jugak result keseluruhan. 2.1. Second Class Upper. Alin tau, Ayah pernah cakap dekat Alin. Kenapa nak aim takat second class upper je, kenapa tak aim untuk first class. Alin tahu Ayah nak Alin usaha dapatkan first class. Tapi, Ayah tahu anak Ayah ni macam mana kan. Second class upper je kemampuan Alin. Itupun Alin kerja keras tak nak jatuh second class lower. Maaf lah, Ayah, Alin tak usaha lebih nak dapatkan macam mana yang Ayah mintak, first class.

Tahun depan bulan lima ada majlis graduation Alin. Nampaknya, Alin pegi dengan Mama je lah. Ayah tak sempat nak tengok Alin pakai jubah jalan kedek-kedek naik pentas amik scroll tu. Takde lah gambar tiga orang macam gambar time Along dengan Aja graduate dulu. Tapi takpe, Alin tau. Ayah tengok segalanya dari tempat yang Ayah berada sekarang kan.

Alin masih tak tahu Alin akan mengajar kat mana. Mungkin dalam minggu depan boleh dapat tahu. Kat mana pon Alin mengajar, Alin janji Alin takkan kecewakan harapan Ayah. Alin janji, Alin pegang janji tu.

Ayah,

Ini je lah kot yang Alin nak cerita buat masa ni. Berapa kali air mata tumpah nak habiskan surat untuk Ayah ni. Hehe. InsyaAllah, Alin tulis lagi bila Alin ada kesempatan, ya.

p/s: No handphone Ayah masih ada dalam phonebook handphone Alin. Tak tergamak nak delete.

Salam,

Alin.

14 Thoughts.

  1. kamoo mrupekan seorang perempuan yg sgt baik trhdp ayah..
    second class upper 2 lgi bgus dri scnd class lower..
    bersyukur la sbb u da brusehe..
    u r better then other people who always hurting their father.

  2. kamoo mrupekan seorang perempuan yg sgt baik trhdp ayah..
    second class upper 2 lgi bgus dri scnd class lower..
    bersyukur la sbb u da brusehe..
    u r better then other people who always hurting their father.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *