Mulanya malas nak mengarang entri sempena Hari Guru. Tapi bila tengok ramai pulak yang menulis-nulis, rasa macam best pulak. Apa kata kalau tulis je sekali satu entri sempena Hari Guru ni kan. Takde salahnya mana pon.
Bila sebut pasal Hari Guru ni, mula lah terjah memori zaman sekolah dulu. Beria-ia belikan pen. Kadang-kadang beli sampai sepuluh, ye lah ade sepuluh cikgu yang mengajar. Kalau tak bagi kat seorang, takut terasa hatinya. Pen murah-murah je beli. Dulu mana ada duit kan. Pen kilometrico pon dah memadai. Beli satu wrapper yang simple kemudian balut. Selalunya pen warna merah. Sebab cikgu kan banyak pakai pen warna merah. Nak buat tanda buku. Bile besar sikit dah, dah pandai kumpul duit atau duit belanja dah naik sikit, advance sikit hadiahnya, bekas letak pen pula. Kadang-kadang kat tepi bekas ni ade frame gambar. Buat dari kayu, yang dicat kaler coklat gelap kadang kala hitam warnanya. Ini kalau yang mahal, kalau kewangan tak mengizinkan, beli yang ade laci-laci buat dari plastik tu je. Bila balut nampak hadiahnya grand sikit, sebab hadiah duduk dalam kotak. Hanya bagi kat guru kelas je kebiasaannya ataupun cikgu yang paling rapat sekali. Ye lah takkan nak beli kat semua, mana cukup duitnya.
Bila dah masuk sekolah menengah, dah bijak la sikit beli hadiah kan. Kadang-bagi kad, bagi bunga. Kongsi dengan kawan-kawan jikalau hadiah tu mahal. Bila masuk Tingkatan 4 atau 5, kongsi satu kelas terus, beli kain baju kurung, tudung dengan brooch yang matching. Teringat dulu, ada dua orang je budak Melayu perempuan dalam kelas. Bila bab kena beli hadiah je, tak lain tak bukan sayalah orangnye. Kenapa? Sebab guru kelasnya Melayu. Yang budak Cina India selebihnya ni takut beli hadiah nanti cikgu tak kenan. Kemudiannya, bila sambutan Hari Guru, bila bahagian murid naik atas pentas, bagi cikgu hadiah, saya jugaklah orangnya. Kenapa? Sebab saya kan yang beli balut hadiah tu segala bagai. Sayalah yang uruskannya sampai ke ujung. Sampai ke tangan cikgu tu.
Mak saya mengajar lagi sampai sekarang, tapi bila diingat-ingat dan dikenang-kenang, waktu zaman sekolah rendah ke menengah ke dulu, saya selalu beria cari hadiah kat cikgu-cikgu yang mengajar saya. Meredah panas berjalan ke bilik guru semata nak ucap Selamat Hari Guru, Cikgu. Tapi macam tak pernah nak ucap benda yang sama kat mak sendiri. Belikan hadiah jauh lah sangat kalau wish pon tidak kan. Cuma sekarang je wish. Sebab sendiri pon nak jadik cikgu. Tahun depan start pegang title cikgu. Dengan harapan, bila wish kat mak Selamat Hari Guru, dapat balik balasannya. Selamat Hari Guru juga ye. Buruk benar perangai. Padahal, kalau nak ikutkan, sebelum kita pegi sekolah, mak kita lah yang ajar ABC, alif ba ta, one two three, siji loro telu papat limo, segala bagai kan. Kalau mak saya, lepas dia ajar ABC, bila tolong dia kat dapur, dapat lesson lain di dapur. ‘Pinggan ni masukkan dulu dalam almari’. ‘Macam ni susun telur dalam peti ais, yang tajam kat bawah.’ ‘Clearkan dulu dapur sebelum masak.’ Haa, begitulah mak saya, kat sekolah ajar anak orang Ekonomi Rumahtangga. Kat rumah, ajar anak sendiri pulak. Takde bezanya kat sekolah dengan di rumah. Haha.
Pagi tadi ada sambutan Hari Guru peringkat IPBA anjuran Cohort Two, batch saya lah tu. Grand lah jugak. Ada sukaneka main-main game dengan pelajar dulu sebelum berhimpun. Seronok tengok perangai lecturer ni di luar kelas. Sama je macam pelajar-pelajar. Lalu sebelah, ‘What is this?’ ‘Oh, it’s a game of win, lose or draw. Would you like to join? You have to find a team first.’ ‘OK, I’m taking this two lecturers with me.’ Oh senangnye, sporting amat. Terlompat-lompat kalahkan pelajar bila dapat teka. Bila perhimpunan mula, ada perarakan masuk tuan pengarah bersama lecturer semua. Senyum semua bila diberikan bunga ros. Pengarah pon suka. Ada bacaan watikah dari Menteri Pelajaran. Ada ucapan tuan pengarah, biasalah kan. Isi ucapannya pon hebat. Teachers have a hand in nation building. Oh setuju amat. Ada bacaan ikrar. Semangat sudah. Kemudian, nyanyikan Kami Guru Malaysia. Haaaaa, yang ini semangat sangat. Membara. Tak sangka. Semua berikan tepukan kepada diri sendiri seusai nyanyi. Bangga dengan semangat yang ada la tu. Kemudian ada choral speaking. Skripnya handal juga. Terharu bila dengar. Kemudian ada bacaan sajak. Ini pon terharu jugak. Pasal kegigihan cikgu-cikgu dalam mengajar. Ada juga tayangan video. Semuanya handal-handal lah. Habis majlis dalam masa yang ditetapkan. Hebat. Jarang dibuat pelajar IPBA. Tahniah.
Panjang pula entri ni. Ok ok, ini isi terakhir. Isi terakhir saya dedikasi kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar, yang tak pernah mengajar, yang kenal saya, yang tak kenal pon boleh, yang tengah tunggu masa nak pencen mahupun yang dah pencen, yang nak jadi cikgu tahun depan atau tahun yang mendatang. Asalkan ade cikgu kat mana-mana kira valid lah. Yang bukan cikgu tapi mengajar cikgu-cikgu pon boleh. Saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua. Terima kasih atas segala curahan ilmu dan kasih sayang yang telah diberikan. Moga ilmu yang telah dapat, ataupun yang bakal dicurahkan bermanfaat untuk saya dan untuk semua. Sayangilah cikgu anda. Tanpa cikgu siapalah saya sekarang ni. Terima kasih cikgu.
Tahun depan saya jadi cikgu. Saya tunggu lah pula murid-murid ulang balik kata-kata ni kat saya. Bakal ada hadiah mungkin, kalau saya tak garang atau saiko sangat kat bakal anak murid saya nanti. Haha. Akhir kata, guru cemerlang, negara terbilang.
Selamat Hari Guru.
Sekian, terima kasih.
selamat hari guru..
sayas last blog post..ada apa dengan 16MEI??..
selamat hari guru..
sayas last blog post..ada apa dengan 16MEI??..
Beli pen meghah kasi cekgu. Kalau mintak markah free bila dia mark paper exam agak agak boleh tak demand markah lebih? Kalau tak boleh ungkit. Haha.
Beli pen meghah kasi cekgu. Kalau mintak markah free bila dia mark paper exam agak agak boleh tak demand markah lebih? Kalau tak boleh ungkit. Haha.
Shahrizan:
Terima kasih.
cry4freedom:
Cikgu, pen meghah ni saya yang bagi. Markah lebih sikit cikguuu.
Shahrizan:
Terima kasih.
cry4freedom:
Cikgu, pen meghah ni saya yang bagi. Markah lebih sikit cikguuu.
yeah!
Cohort 2 did a great job with the Teacher’s Day celebration!
Thanks for your help, Alin!
=D
ah^kam_koko’s last blog post..How Teacher’s Day Should Be Celebrated
yeah!
Cohort 2 did a great job with the Teacher’s Day celebration!
Thanks for your help, Alin!
=D
ah^kam_koko’s last blog post..How Teacher’s Day Should Be Celebrated