Dari hari Isnin hari tu lagi saya dah teringin nak makan udang. Tapi tak kesampaian. (Tu la padan muka, waktu makan steamboat dua hari berturut-turut sangatlah eksen tak nak makan udang). Bila ditanya kepada anak murid, katanya ibunya dah hantar udang-udang hasil tangkapan ke Beluran. Dua hari kemudian, saya tanya lagi. Jawapannya tetap sama. Tiada rezeki kot. Tapi sedang saya bersenang-lenang tadi, pintu rumah diketuk dan seplastik udang pon bertukar tangan.
Yay.
Mata udang-udang itu masih jernih dan berwarna merah jambu. Bila dikeluarkan dari plastik mereka masih berdeyak-deyak. Oh mereka masih hidup. Sangat segar. Dan bau hanyir pon tidak lagi sempat ada pada mereka. Menyenangkan kerja saya untuk menggoreng.
Oh sedapnya udang goreng.
Tapi sebenarnye saya bukan nak cerita udang kat sini. Udang itu adalah mukadimah sahaja. Ini cerita yang nak saya sampaikan.
Sebagaimana yang sedia maklum kan, boleh dikatakan semua murid kat sekolah saya ini adalah anak nelayan. Hidup mereka susah. Tak serba mewah macam kita. Mereka dapat peruntukan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) sebanyak RM200 setiap tahun. Sepasang lengkap baju sekolah, sepasang lengkap baju seragam unit beruniform, buku dan juga alat tulis turut diberikan secara percuma tiap-tiap tahun. Boleh dikatakan semua pelajar layak RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan semua murid Tahap 2 layak kelas tambahan SBT (Skim Baucer Tusyen) yang turut disertakan dengan RMSBT (Rancangan Makanan Skim Baucer Tusyen). Erti kata lain, walaupun susah, mereka senang dengan segala kemudahan dalam pendidikan yang diberikan kerajaan.
Tapi, yang sedihnya, ibu bapa mereka tak paham keperluan anak-anak mereka. Duit KWAPM yang diberikan bertujuan untuk membeli kelengkapan anak-anak atau membayar apa-apa yang perlu seperti kursus yang bakal membawa kebaikan pada anak mereka sendiri. Tapi, itulah. Ibu bapa tak nampak tujuan sebenar duit itu. Bila ada apa-apa bengkel atau kursus berat nak melepaskan anak mereka pergi hanya kerana mereka perlu mengeluarkan wang.
Sedih saya rasakan.
Esok ada Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR BI untuk pelajar Tahun 6 dan Tahun 5. Seorang pelajar Tahun 6 saya mempunyai keinginan yang meluap untuk pergi kerana dia nampak kebaikan bengkel ini untuk dirinya. Ibunya telah berikan kebenaran dan telah pon menandatangani surat kebenaran. Tapi apa yang menyedihkan, bapanya tidak membenarkan dia pergi hanya kerana dia perlu membayar RM20 sebagai yuran untuk bengkel itu. Nak katakan tiada duitnya, duit KWAPM baru diterima minggu lepas. Ada guru yang baik hati mendermakan sejumlah wang untuk dia pergi. Namun, untuk dia pergi, dia harus menipu ibu bapanya yang kursus ini tidak perlu bayaran. Sesuatu yang susah kerana ibunya sudah maklum tentang pembayaran. Sayu hati bila pelajar ini menceritakan tentang keadaannya. Bertanya kepada saya, sanggupkah saya menipu bagi pihak dirinya supaya dia dapat menyertai bengkel itu.
Memang sayu.
Ikutkan hati, mahu saja saya bayarkan untuk pelajar ini. Tapi saya takut jikalau ibubapa lain tahu lalu argue (saya tak jumpa perkataan BM untuk argue) kenapa pelajar ini saya bayarkan. Kampung ini sebuah kampung yang kecil dan mereka adalah bersaudara antara satu sama lain. Tidak hairan kalau cerita ini tersebar dari mulut ke mulut dalam sekelip mata.
Saya minta pelajar saya ini minta izin dari ibu bapanya dan memberitahu mereka yang saya bayarkan untuknya dengan tujuan senang untuk dia mendapat kebenaran. Katanya, dia akan naik semula untuk memberitahu kepada saya keputusan ibubapanya. Tapi sampai sekarang, masih belum nampak kelibat.
Harap-harap dia ada di jeti biru esok jam 6.30 pagi. Sedia untuk menyertai saya dan kawan-kawannya.
Ikutkan hati lagi, kalau gaji dah masuk, bukan satu pelajar ni je yang saya bayarkan. Mungkin saya bayarkan untuk semua. Tak banyak mana kalau dibandingkan dengan gaji yang saya terima.
I have a similar situation here.
That’s why my school doesn’t give the money to the parents.
The money is given to the students bit by bit on a monthly basis.
Even then, you will find students in the lower classes who dont have the money to buy a pencil but have money to spend on titbits at the canteen every day when there is food provided in the dewan makan.
A chip off the old block, eh?
.-= ah^kam_koko’´s last blog ..English Oral Test Bloopers =-.

Jarod:
In your case, they are secondary students who at least can be independent. They can be taught to handle money. In my case, they are primary pupils. Even if money are given to them, they will give the money to their parents.

owh, so sad. same goes with the @sli kid in tel@nok. fyi, all of them got kwamp but the after their parents received the money, you could see them (the parents) hanging around the cameron town- gambling, playing snookers, drinking (yikes!) etc. hey, its not your money, its your childrens’ money for god sake! sad.

owh oh….u’re so kind-hearted k.alin T_T God bless u always…
.-= hunny´s last blog ..True Love =-.
owh oh….u’re so kind-hearted k.alin T_T God bless u always…
.-= hunny´s last blog ..True Love =-.
Soya:
Itulah tu. Sedih kan bile tgk cam tu. Hari-hari boleh betting time main volleyball.
Hani:
I thin if u are in the same situation, u would do the same too. Many of us would.
Soya:
Itulah tu. Sedih kan bile tgk cam tu. Hari-hari boleh betting time main volleyball.
Hani:
I thin if u are in the same situation, u would do the same too. Many of us would.
itula keadaannya di mana2 sek yg dpt kwamp. kita serupa.
.-= faa´s last blog ..United =-.
itula keadaannya di mana2 sek yg dpt kwamp. kita serupa.
.-= faa´s last blog ..United =-.