Amaran: Macam panjang je entri ni.
Ok, seminggu lepas saya menjawat jawatan ini. Pengasuh. Bahasa Inggerisnya babysitter. Pengasuh kepada tiga kanak-kanak yang berumur 11 tahun, 10 tahun dan 7 tahun. Mereka ni comel dan kelakar tapi selalunya kecomelan mereka ni ditutup oleh kenakalan mereka yang teramat sangat. Kecuali yang si kecik sekali tu. Pandai menutup kenakalan sendiri menggunakan kenaifan dan keinesenan nya. Oh, saya bagi namalah, senang nak cerita nanti. Yang 11 tahun tu Si Gadish, yang 10 tahun tu Si Badut dan yang 7 tahun tu Si Kecik. Si Badut dan Si Kecik ni laki-laki dan yang Si Gadish ni, hurm, gadis lah, habis tu takkan la laki-laki jugak dah bagi nama gadis kan. Haha.
Ok, jadiknya, dalam seminggu ni ada lah dengar suara gelak ketawa, suara menangis, nama panggilan diberikan kepada satu sama lain, ada dengar bunyik tepuk tampar, ada suara gaduh gaduh, ada suara ugutan, ugutan lagi, ugutan lagi dan juga suara saya dan kakak saya memberikan peringatan dengan serius kepada mereka. Walaupun mereka ni dikira sepupu yang agak rapat, tapi tahu lah kan, bila mak bapaknya takda, lain perangainya. Ade jugak terasa hint-hint yang mereka ni kalau dibiarkan akan terpijaklah kepala-kepala pengasuh ini. Antara tiga ni, selalunya akan ada sorang atau dua lah yang buat perangai. mesti ada. Jarang takde. Kalau takde tu pelik sudah umpama harga minyak yang akan turun. Paham ke? Senang cerita, kalau tak gaduh berperang mulut tu macam harga minyak nak turun.
Selama ni, saya bertahan je dengan mereka ni, pekakkan telinga je. Bila kadang-kadang melawan guna mulut tu, saya balas balik. Biar terdiam. Selalunya saya ugut je. Ugut nak hantar email kat bapak diorang. Berjaya. Tapi hari ini, super duper nakal nampaknya ketiga-tiga. Menguji kesabaran. Pagi-pagi dah gaduh. Siap panggil yang lagi satu babi, sial segala bagai. Oh, tak tahan. Naik suara sikit. ‘Heh! Elok sangat ke panggil orang macam tu’. Tapi masih sambung gaduh. Oh tak makan saman. Tambah lagi. ‘Ok. Kak Lin suruh Kak Long telepon **** *** cancel tiket wayang. Duduk rumah.’ Oh diam semua. Elok lepas tiga minit ketawa sama-sama. Saya pon sambung mengemas rumah. Ya Rabbi, bersepah macam tongkang pecah. Takpelah, sabar. Sapu sampah. Sapu punya sapu jumpa apa? Jumpa kuku. ‘Oi! Sapa potong kuku dalam rumah ni?’ Si Kecik ni menjawab. ‘Kak Lin la, tadi Kak Lin potong kuku.’ Ah, cis, kantoi. Ye tadi saya pon potong kuku. Hari Jumaat kan, tapi saya dah buang. Cepat-cepat cover line. ‘Tapi Kak Lin dah buang.‘ Memang saya dah buang. Lagipon saya potong kuku kat tempat lain. Saya sambung menyapu. Walaupun dalam hati dah menyumpah sebab saya rasa saya tau sapa buat tapi tanak mengaku je.
Dalam kereta gaduh lagi. Mulanya Si Gadish ni bergurau dengan Si Kecik. Saya tengah bercakap dengan bapak mereka dekat telepon. Kemudian saya bagi mereka telepon. Si Badut cakap dulu. Si Gadish gurau-gurau lagi dengan Si Kecik. Kemudian gaduh Si Kecik nangis. Dah gaduh lah tu. Saya dah mula geram. Si Kecik cakap pulak dengan bapaknye kat telepon. Si Gadish dengan Si Badut pulak gaduh. Keluar sial dari mulut mereka berdua. Saya geram. Saya pantang. Saya pusing belakang saya cakap dengan muka garang ‘Eh, ingat Baba tak dengar ke korang guna perkataan macam tu. Baba boleh dengar. Tak payah Kak Lin bagitau pon Baba dah tau.‘ Si Gadish terdiam. Saya tenung sikit. Jeling. Pandang depan semula. Takde gaduh sepanjang perjalanan. Tapi saya masih geram. Saya bertambah geram lagi sebab dengan saya dan kakak saya, lain cakapnya. Bila dengan mak bapak nya, lain cerita yang keluar dari mulut mereka. Kena paksalah ape lah. Tak nak tapi kena ikut jugak lah. Ape lah itulah inilah. Hish. Geram. Geram amat.
Sampai rumah, geram saya masih bersisa. Si Badut ni mengada-ngada pulak tak nak disuapkan nasi. Nak makan sendiri. Tapi nak cepat-cepat makan nak ke semejid. Sekali lagi saya bertegas. ‘Makan je bibik suapkan tu. Kata nak pegi masjid. Ok tanak makan tak payah pegi tengok wayang.’ Diam lagi. Kedengaran Si Badut berkata, ‘Bik, cepatlah suap.’ Oh tau takut. Geram lagi. Muka ketat sepanjang-panjang. Mujur ada Si Tukang Refill Kulness. Dia pon hangin jugak. Hangin sebab lain. Tapi masih bertahan refillkan kulness saya. Saya masih bermuka ketat, tapi bersembang dengan Si Tukang Refill Kulness diselangi haha. Oh mungkin sebab EQ tinggi. Takpe, tu cerita lain.
Kemudian, kami pergi tengok wayang. Kung Fu Panda. Telakar. Sebelum muvi start ade iklan Nike. Handal iklannya. Ok tapi itu bukan isunya. Yang jadik isu ialah sapa nak duduk sebelah sapa. Bingit Si Kiki Swift Cikgu Saghah tu. Saya bagi cadangan. Merungut sudah mereka. makin bingit. Saya pon mula lah. Mula nak rasa geram. Saya ugut. ‘Ok, tak nak ikut cakap kita patah balik.’ Wow, senyap. Senang hidup. Saya nampak sudah saya cikgu yang garang. Dekat One Utama tu nasib baiklah tak nakal sangat. Main-main dekat escalator tu saya dah butakan mata. Lantak korang lah. Kalau orang tengok nakal-nakal korang tu, orang akan cakap, ‘Sape/Mane mak bapak dia ni? Biar anak main-main gini.’ Saya pengasuh je. Saya tak bersalah. Haha.
Saya rasa saya dah cukup garang dengan mereka. Saya tanya Si Kecik tadi, sanggup ke duduk dengan saya yang garang ni. Si Kecik kata saya ni tak garang pon. Haa?!? ‘Kak Lin tak garang ke?’ Inesennye dia menjawab, ‘Tak.‘ Adus. Saya macam ni pon dia kata tak garang. Alahai. Nak tunggu saya naik suara ke? Atau pegang rotan? Hurm anak orang tu. Kalau anak sendiri lain cerita. Memang belasah dah. Nasiblah mak saya, adek saya, mak bapak diorang, atuk, nenek, Mak Ngah, Pak Ngah balik umrah Rabu ni. Kejap je lagi nak bertahan. Lima hari je. Tak lama tu. Kejap ke? Ish. Lama tu. Lama. Huks. Bertahanlah. Ummpphh!
Apasal nama chaq bon tu di-asterikkan? Ooo nama tak glamer ye… Wachaaa
Apasal nama chaq bon tu di-asterikkan? Ooo nama tak glamer ye… Wachaaa
Chaq Bon:
Bukan tak glemer, glemer je. Tapi nak protect confidentiality. Ala-ala orang tak tau sapa. Tapi Chaq Bon dah tau sendiri takpe lah. Haha. Oh Chaq Bon, terima kasih belanja tiket wayang ye. Hik hik.
Chaq Bon:
Bukan tak glemer, glemer je. Tapi nak protect confidentiality. Ala-ala orang tak tau sapa. Tapi Chaq Bon dah tau sendiri takpe lah. Haha. Oh Chaq Bon, terima kasih belanja tiket wayang ye. Hik hik.
Degil ya, nak kena tali pinggang ke, biar besi tali pinggang terush kena mata macam Amang Wan sepet sebelah kiri hasil kraftangan Cik Jun haha.
Degil ya, nak kena tali pinggang ke, biar besi tali pinggang terush kena mata macam Amang Wan sepet sebelah kiri hasil kraftangan Cik Jun haha.
cry4freedom:
Atak Ayin belum ganas macam Cik Jun hahaha. Ada garisan kulness lagi.
cry4freedom:
Atak Ayin belum ganas macam Cik Jun hahaha. Ada garisan kulness lagi.
nampak dah sifat sabar dan penyayang alin ni.. hehe..
nampak dah sifat sabar dan penyayang alin ni.. hehe..