Kempen 3S. Baru lagi rasanya kempen ini. Tak pernah nampak lagi di mana-mana. Kali pertama nampak di Plaza Tol Elmina (Elmina ke nama tempat tu, saya tak pasti) di Lebuhraya Guthrie pagi tadi tatkala dalam perjalanan pulang ke Sitiawan. 3S. Ada 3 huruf S. Huruf S itu semua mewakili apa? 3S itu mewakili Senyum, Salam dan Sabar. Yang pastinya saya pon tak tahu ape gunanya kempen 3S itu. Tapi Jaja dan saya telah mengenal pasti bila seseorang itu boleh mengaplikasikan konsep 3S dengan baik.
Antaranya ialah:
Situasi pertama: Anda berjalan-jalan bersama si laki ini (bf) atau si gadish (gf) di mana-mana kompleks membeli-belah atau sedang melihat-lihat pameran perkahwinan yang diadakan Mid Valley Exhibition Centre bersama si laki ini atau si gadish atau apa-apa yang anda lakukan bersama si laki ini atau si gadish la. Tak kesah la. Kemudiannya, anda berdua terserempak dengan laki itu (exbf) si gadish atau terserempak dengan gadish lama (exgf) si laki ini. Jangan kaget. Amalkan 3S. Mula-mula anda senyum, kemudian salam, dan bersabarlah. Yang lepas tu lepaslah. Kenangan yang ada kita biarkan ia berlalu pergi.
Situasi kedua: Anda sedang berjalan bersorangan atau bersama-sama rakan anda. Berlibur-libur senang hati bergelak ketawa. Kemudian anda ternampak laki ini anda bersama gadis lain atau si gadish anda bersama laki lain. Jangan kaget. Amalkan konsep 3S. Mula-mula anda senyum, kemudian anda salam si gadish lain itu atau si laki lain itu dan bersabarlah. Ujian tu namanya. Jangan minta penjelasan di situ. tunjukkan kulnes rilek chill anda. Kendian nanti baru mintak penjelasan.
Situasi ketiga: Anda sedang berjalan-jalan dengan laki lain atau gadish lain. Berlibur-libur senang hati bergelak ketawa. Kemudian anda ternampak laki ini anda bersama gadis lain atau si gadish anda bersama laki lain. Laki ini anda dan si gadish anda turut ternampak anda bersama orang lain. Jangan kaget. Amalkan konsep 3S. Mula-mula anda senyum, kemudian salam dan bersabarlah. Jangan marah dia dengan pasangan lain, anda tu pon dah kantoi sebab keluar dgn orang lain.
Situasi keempat: Anda sedang berjalan bersorangan atau bersama-sama rakan anda. Berlibur-libur senang hati bergelak ketawa. Kemudian anda ternampak laki ini anda bersama laki lain atau si gadish anda bersama gadish lain. Berpegangan tangan, berpaut tangan di bahu atau pun berlingkaran tangan di pinggang. Jangan kaget. Amalkan konsep 3S. Mula-mula anda senyum, kemudian anda salam si gadish lain itu atau si laki lain itu dan bersabarlah. Ujian tu namanya. Jangan minta penjelasan di situ. tunjukkan kulnes rilek chill anda. Kendian nanti baru mintak penjelasan. Ataupun tinggalkan je laki ini anda atau si gadish anda. Tak patut dia adakan hubungan dengan mereka yang sesama jantina.
Itu antaranya lah. Kalau-kalau ada lagi situasi yang anda rasakan boleh amalkan konsep 3S ni, sila la amalkan. Senang saja. Mudah. Tak susah kan kan. 3S. Senyum, Salam dan Sabar.
🙂