Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ingin menjadikan 10hb Oktober sebagai ‘Hari Angkasawan’, bertujuan untuk memperingati tarikh Dr Sheikh Muzaphar dihantar ke angkasa lepas. Kemudian, terdapat juga cadangan untuk membeli kapsul Sayouz yang akan dijadikan tugu peringatan. Saya hanya terfikir, bila pula tudung Sheikh (ala tudung Mawi) akan dijual di Jalan TAR untuk semua peminat wanita Dr Sheikh Muzaphar? Atau, jika Dr Sheikh Muzaphar menjadi tokoh inspirasi dan aspirasi negara untuk golongan muda, bila pula kita akan melihat topi keledar motosikal ala aksesori kepala sut angkasa lepas berada di pasaran untuk dipakai oleh semua mat rempit di Malaysia? Bila ye?
Mejar Dr Faiz Khaleed pula kena tunggu sehingga tahun 2011 untuk berkahwin atas alasan beliau mungkin tidak dapat menumpukan perhatian kepada latihan sekiranya terlalu teringatkan isteri dan anak-anak. Saya kena tunggu sampai bila pula ya?
Just a piece of my thought.