Lagi 6 bulan.

Berjalan-jalan bersama the other Hepipipel menyusur lorong-lorong yang banyak di Carrefour. Bakul berisi roti Gardenia wholemeal dan susu Dutch Lady perisa coklat tersangkut di tangan kiri. Berdirinya seorang promoter menanyakan,

‘Adik, adik sudah ada anak ke belom?’

Gelak ketawa memenuhi ruang.

‘Belom, belom ada anak lagi.’

Mungkin patut lengan the other Hepipipel dipaut ketat-ketat tak mahu lepas, menolak perut ke depan, diusap-usap lalu menjawab,

‘Lagi 6 bulan kak.’

What the frog.

Apart from the non-stop political ramblings and what not in the newspaper, I have to say that this is one of the stupidest news I have ever read.

Shah Rukh Khan dapat Datuk

MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Taken from Utusan Online today (11.10.08).

WTF – What the frog?! Why? I don’t get it. Can somebody pleaseeee explain to me why? I’m begging you.

So after more than 12 hours of reading the news above, I got this.

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Read more here.

Oh, so he promoted Melaka through this one particular film ya. I remembered watching one of the Police Story movies where it was shot in Kuala Lumpur. Jackie Chan, you see. He is also affiliated with California Fitness in Mid Valley. Yet, he was not given any Datukship. Then there’s Entrapment, also shot in Kuala Lumpur. Bigger names, you know. Sean Connery and Catherine Zeta Jones. Yet, were they given any Datukship? No. So, again, somebody please give me one good reason why Shah Rukh Khan deserves the title. Apart from the ones given, e.g. tourism and generosity of title-giving. Please.

Diari Raya Saya.

Raya keempat baru saya berjaya apdet kan diari hari raya saya. Oh terima kasihlah Encik Hepipipel kerna sanggup menyumbangkan satu entri dalam blog saya. Saya acah-acah saja suruh apdetkan, rupanya apdet betul. Bagus. Ini mithali namanya. Anak murid gini lah yang kita mahukan dalam dunia pendidikan. Bukan yang bila disuruh asyik bagi alasan,’Saya lupalah, ticer’. Aku cubit karang. Haha.

Baiklah. Kita mulakan dengan hari raya pertama.

Saya bangun pagi awal lah macam biasa. Mandi pakai baju baru makan ketupat rendang daging ayam goreng kuah kacang kuah lodeh ditemani dengan air teh susu. Air feveret seisi keluarga tu. Tak lama kemudian semua bersiap-siap lah nak ziarah pusara ayahanda. Saya semangat nak ziarah ni sebab lama dah tak ziarah. Time siap-siap tu saya rasa dah gatal-gatal kat leher tapi saya ingat biasa je la kan. Saya pon ke kubur lah bersama keluarga. Tiba je di pusara ayahanda, saya mula sesak nafas. Badan makin gatal. Whizzing makin kuat. Ah, sah ni. Semput sudah. Saya kuatkan, tabahkan diri tunggu mama dan adik beradik yang lain selesai baca Yassin baru saya mengadu. ‘Mama, Alin rasa Alin allergic attack’. Adik beradik lain bermuka concern pada mulanya, tapi lepas tu gelak. Ooo kelakar kot tengok orang kene allergic attack. Straight dari pusara terus ke klinik. Nasib doktor udah sampai. Tunggu sekejap. Oh saya patient kedua pada hari raya pertama. Nak gelak pon ada. Doktor asyik kata kesian, kesian. Haha. Katanya mungkin allergic pada baju baru. Ini memang nak kene gelak. Selama ni pakai baju baru tak basuh tak allergic pon.

Pulang dari klinik terus kemas-kemas lantas bermaaf-maafan. Kutip duit raya. Tahun ni last lah saya dapat, unless ada yang concern sebab saya anak yatim maka masih layak menerima duit raya walaupun dah bekerja. Haha. Alhamdulillah. Ada la rejeki sikit tahun ni adela dapat extra. Bak kata Encik Hepipipel dalam entrinya, boleh la nak bayar bil household sebulan. Haha. Boleh, boleh. Kendian, adalah sesi bergambar sikit. Mekap pon saya tak pakai. Haha. Takut allergic pada mekap pulak. Meh kita gelak lagi. Selesai semuanya, beraya pulak di rumah Aunty Kiah. Meghiah sungguh ada kanak-kanak berempat tu. Aunty Kiah masak nasi minyak. Peewit. Ada lauk udang besau-besau. Tapi saya takut nak makan. Takut allergic. Asyik takut allergic je. Mungkin patut tukar tajuk entri ni jadik Allergic di Pagi Raya.

Selesai beraya di rumah Aunty Kiah, saya seisi keluarga bergerak pulak ke Muo. Lepas 6 jam, sampailah saya kat Parit Pinang Seribu tu. Meghiah. Neneknya masak lagi ketupat. Makcik dan pakcik kata saya dah kurus. Pewitt. Katanya mungkin sebab saya pakai baju kurung Pahang dari kain polos. Tak kesahlah. Saya suka tu. Haha. Sembang-sembang bergelak ketawa, makan laksa, kene gelak lagi sebab kene allergic di pagi raya. Concious jadiknya saya pada makanan. Haha. Tapi masih berselera. Makan ubat lagi seusai kene gelak. Lepas tu tido. Kroh.

Ok, diari masuk kepada hari raya kedua.

Saya bangun lewat sikit dek kesan ubat. Bangun-bangun bersiap pulak nak beraya di kampung ayahanda kat Parit Awang, Yong Peng nun. Hari ini saya berbaju kurung Pahang lagi. Tapi hanya kainnya yang kuning oren polos, tapi bajunya corak-corak. Mak cik saya kata saya nampak besar semula. Haha. Ahhh, ini ilusi corak kain semata-mata ni. Seusai minum teh susu secawan, bergerak lah kami sekeluarga. Kedek-kedek sejam kendiannye sampai. Auw. Ramai sudah di kampung ayahanda. Haha. Macam tak biasa. Tiap-tiap tahun kan memang ramai gitu. Elok sampai, makanan tengah hari udah terhidang. Lauknya spesel sikit sampai kami sekeluarga jadi vegetarian. Ikan keli masak sambal, siput sedut dengan batang keladi, gulai nangka, kerabu mangga dan pecal. Si Sarep dah buat signal nak ke Mekdi lepas makan. Haha. Tapi saya makan bertambah. Walaupun concious takut allergic lagi. Ye lah kan. Sedap kuah gulai nangka tu. Makan dengan kerabu.

Seperti tiap kali raya, saya hanya duduk bersama adik-beradik sendiri dan sepupu dari keluarga Pak Ngah saya. Perbualan kami tiap-tiap tahun sama. Anak siapa yang ini, anak siapa yang itu. Mana budak yang suka senyum tu, apa ke namanya. Tiap-tiap tahun sama. Tak lari. Haha. Oh tahun ni rasanya ada orang baru. Ringan sudah mulutnya nak bertanya sambil memperli, ‘Mana oghang ghumah kamu?’ Nasiblah, tak ditanya. Tapi baiklah pulak Mama Fuziah concern tanya sapa nama dari mana. Kami sume dah tak kose. Sapa suruh kawen tak kabo. Padan muka.

Dah dah, jangan emosi. Malamnya pula ada makan-makan kat rumah moyangnya. Haha. Tapi kalau maghrib tu kita dah tido kesan dek ubat bangun pulak time semua dah pegi haha takkan nak suruh orang tunggu. Mandi makan lebihan nasi beriyani kendian tengok I’m Not Single kat Astro Ria nun. Habis ceghite, gayut sat kat telepon sama Encik Hepipipel. Pantang nampak orang dekat telepon, ade je yang nak kaco. Saja duduk depan lah, saje sengeh-sengeh la haha yang datang bagi kish kat pipi pon ada. Mwa sama neneknya.

Ok, meh kita masuk raya ketiga.

Raya ketiga di rumah sahaja bermalas-malasan tolong masak di dapur. Sambil-sambil tu makan megi kari dengan telur. Haha. Tergolek-golek dalam bilik kendian tertido. Tido sahaja di hari raya. Haha. Ala, apa susahnya. Alasannya ada. Ubat. Ubat tu doktor bagi suruh makan so that boleh rehat. Haha. Petang-petang lepas makan, keluar ke bando. Saje nak berbelanje sikit. Tanya atoknye nak apa-apa ke. Atoknye jawab nak pizza. Amboi. Pandai sudah haha. Carik juga apam balik, rejeki takde sudah petang habis dijual. Apam balik Muo ni memang femes. Ada jugak jual di pasar-pasar malam. Tapi tak sama dengan apam balik kat bando Muo ni.

Sikit pulak diari raya ketiga ni. Takpe, kita proceed ke raya keempat.

Takde ape pon ceghite raya keempat ni. Bangun pagi siap-siap nak balik ke KL. Haha. Sebelum balik amiklah gambo sikit dengan atok dan neneknye. Kendian zas. Ziarah moyangnya sat. Zas kembali. Singgah Mahkota Parade kat Melaka tu makan Nandos untuk makan tengah hari. Oh Nandos ada buat offer ya. Tiap-tiap hari Khamis kalau kita order quarter chicken sama dua sidelines tu boleh dapat lagi satu set percuma ya. Bagus sudah ni. Mari kita serbu Nandos tiap-tiap hari Khamis jom. Haha. Lepas makan Nandos teruskan zas sampailah kat Bukit Jalil ni ha. Sekarang ni ada pulak cerita Sundal Bolong kat Channel Syawal si Jaja ni subscribe. Tak tengok pon ha sebok apdet blog. Haha.

Dah, habis sudah ceghite empat hari raya. Esok hari raya kelima. Balik IPBA dah. Keje tak siap lagi. Blergh. Dah la kuih raya lupa nak bungkus nak bagi kawan-kawan merase. Benci betol. Chis.

Nah, ni gambar pada raya pertama. Satu je cukup. Semua gadish ada dalam gambar, yang bukan gadish je takde. Azhar, Sarep, Abang Azrie, Uncle Tamjis semua tolong amik gambar hahaha.

Haha. Malam ni Arsie main lagi. Reminder kepada diri sendiri, kalau Arsie menang ke kalah ke seri ke jangan cakap ape-ape. Diam-diam saja sudah. Haha.

Dah, dah. Panjang bebeno dah ni. Babai ya. Baiii. Daaa.

Salam Raya ketiga.

Hari ni masuk hari raya ketiga. Masih sibuk lagi kesana kemari nak jengah sanak saudara. Ada juga yang baru mula balik kampung hari ni sebab majikan time gini baru nak approve cuti. Kalau tak, takkanlah ada seorang ahli keluarga saya terdekat baru nak merasa duduk rumah, katanya dia cukup hangin dengan boss Dell Cyberjaya, yang sepatutnya dia nak beraya ke rumah buah hati dekat Marang sana tapi apakan daya. Ada juga yang kerja shift sampai pagi raya terus menerus cutinya sampai hujung minggu. Triple pay katanya ha ha ha. Saya rasa majikan kebanyakannya lebih longgar polisinya dengan staff yang sudah berumahtangga lagi beranak pinak. Prioritas namanya.

Yang kini berada di kampung. Seronoknya dikelilingi saudara mara. Boleh umpat mengumpat. Time gini lah waktu sesuai nak canang kehebatan dan archivement masing masing tika berada di bandar tempat bekerja. Baru dapat bonus ke, pangkat naik ke. Kepada yang baru beli kereta, time raya ni la nak tayang kat orang kampung biar berdecit decit orang kampung lihat padahal Proton Saga BLM je hehe. Ada orang kampung yang punya traktor pun tak riak macam dia. Yang baru kahwin seronok ke sana ke mari ziarah sanak saudara dan orang orang kampung padahal dulu tak pernah kisah pun nak jengah tanya khabar. Semata nak tayang bini baru. Ha ha nilah orang rumah saya yang baru. Cekgu oghang ghumah saye ni. Oh cikgu mane? Cikgu sekolah rendah ajar Bahasa Inggeris. Oh cakap omputeh mestilah hebat berasap. Compact powder dia eja compaq powder. Ha, high tech tak? Mestilah. Dulu duduk obersi stadi setahun setengah, banyak belajau sudah, tapi accent dia masih jawa sikit sikit. Dia kata dia tak reti nak cakap accent Scottish yang jelas lagi tebal “R” nye tu. Igham ma’alghunnah. Ha ha takdelah gurau saje. Pengaruh Call of Duty 4 kuat sangatlah saye ni.

Tu ceghite orang yang beraya di kampung. Kalau nak kabo pasal ceghite orang tak balik beraya ni, habis raya ke lapan pun tak sudah. Selalu sebab musabab kenapa mereka ni tak balik beraya itulah samada terpaksa kerja sebab cuti tak dapat approval, ataupun dah takde kampung lagi, ataupun kampung dia memang kat situ, stay dengan mak bapak nak balik mana lagi. Aktiviti orang tak balik beraya ni mudah sebenarnya. Tak variasi sangat. Simple. Macam makan Almond London, makan saje kukisnya, pembalut buang, jangan masuk balik dalam balang nanti tuan rumah marah. Aktiviti contoh seperti tido sampai tengahari, ataupun mengadap TV. Yang ada Internet 24 jam tu bolehlah caruk online seperti hari tak raya. Contact list pun samada ramai atau tak ramai bergantung kepada faktor geografi dan juga sosial. Kebanyakan mereka ni online tapi idle. Idle bersebab samada dia sibuk tengok tv atau layan tetamu atau keluar beraya. Waktu raya ke-3 ni kebanyakan mereka yang duduk sebelah nyebelah ni pun balik kampung jadi pilihannya kurang satu. Jadi jangan tertipu jika tengok contact list ramai online pun belum tentu diorang nak reply. Baik lupakan saje.

Tentang tengok TV waktu raya ni saya cukup tak gemar sebenarnya. Sebab rancangan yang mereka saji untuk kita ni merapik bagai takde kena mengena dengan semangat Syawal. Memang potong mood tika sanak saudara ramai datang ziarah gelak hu ha kunyah ketupat tetiba tunjuk drama sedih hari raya. Hari raya kan untuk gumbira selepas sebulan menahan nafsu lapar dahaga. Cerita pasal anak derhaka tak balik kampung lapan kali raya lah, isteri derhaka yang insap di penghujung Ramadhan ke 28 atau 29. Selalunya hujung hujung puasa mesti ada bala berlaku contohnya tergelincir masuk ke dalam kuali minyak panas nak goreng kuih loyang ataupun mercun roket masuk kain meletup kepow, maka nak dijadikan cerita 1 Syawal mesti sudah insaf karamallhu wajhah dulu seksi tetiba baju kurung penuh tutup litup kalah Siti Nurhaliza balik umrah. Benda ni pun diulang ulang sajey ceghitenye, konsep sama cuma latar belakang, pelakon dan dialog saja yang diubah sikit bagi nampak lain sikit.

Kalau nak ceghite lagu raya pulak, saya cukup tak gemar lagu raya yang sedih, sedih tak dapat pulang beraya sebab tiket bas habis awal ataupun kena cong dengan ulat tiket kat Puduraya. Setiap tahun jugek diulang. Tak belajar daripada kesilapan ke. Cuba belajar book tiket daripada awal, ataupun kumpul duit lebih sikit boleh naik Air Asia. Takde isu lagu raya sedih mendayu dayu tak dapat pulang. Anehnya. Patut gembiralah. Cuba dengar lagu Uji Rashid dan Hail Amir, Seloka Hari Raya. Mana ada elemen sedih, dengar pun enjoy. Siap macho lagi Hail Amir nak usha Uji Rashid pergi beraya jek jek Uji Rashid kata manish lagi chantek bergaya. Ha ini la baru namanya lagu raya. Ini tak termasuk lagu raya yang jaguh tapi dinyanyikan dek artis sekarang macam Tomok New Boyz ataupun Sofaz. Boo album tak laku kemudian nak carik duit cepat jual album kompilasi lagu raya terhebat. Sudahlah.

Panjang pulak membebel ni. Seronok pulak tulis entri kat blog orang ha ha ha. Oh saya ni bukan Alin. Alin dia beraya dekat Muo sana. Pegi Muo pakai selipo nak kena tampo? Duit rayanya banyak. Boleh bayar bil household sebulan. Dia yang kata gitu dalam telefon tadi. Katanya dia gagal untuk online sebab katanya Meksis broadband tak boleh diharap kat sana. Tadi dalam telefon pun kena hello lapan kali baru ya ya saya dengar. Ni apatah lagi wireless broadband memang kecundang tak ragu lagi.

Sudahlah, saya permisi dulu sudah pagi 3.36 waktu orang tidur patutnya tapi bilik saya terang benderang. Berkira kira apa nak dibuat esok. Semua dekorasi rumah untuk showoff kepada tetamu selesai sudah sejak pagi lagi. Nanti kalau saya bosan, saya tulis entri lagi ya sempena tuan rumah outstation sampai Sabtu. Sampai Sabtu ke? Entah katanya Sabtu. Babai. Salam. Daaa. Zas.