Ayah..

Tiba-tiba ketika teraweh tadi, hati terdetik nak menceritakan kisah Ayah. Ayah yang kadangkala kami panggil Baba, Daddy atau Father. Mungkin kerana hati ini terlalu merindukan Ayah. Ayah telah pergi meninggalkan kami 4 bulan setengah yang lalu. Tinggalnya tanpa pesan, perginya Ayah penuh tenang.

Setahu aku, Ayah tak pernah sakit walaupun Ayah seorang perokok. Cuma, setahun yang lepas, setelah dua bulan aku meninggalkan bumi Malaysia, Mama beritahu yang Ayah didiagnos dengan kencing manis. Tetapi, penyakitnya masih di peringkan awal dan doktor hanya memberi Ayah ubat untuk dimakan supaya tahap gulanya terkawal. Tidak lama kemudian, Mama sekali lagi beritahu yang penyakit Ayah yang satu itu diiringi dengan penyakit Gaout. Tangan dan kakinya mula bengkak-bengkak. Ayah mula pantang makan. Segala makanan kegemarannya tidak lagi menjadi juadah hari-hari.

Ketika Ayah dan Mama datang ke London untuk menghadiri majlis konvokesyen Jaja pada Julai tahun lepas, Ayah kelihatan kurus sekali. Ayah mula sakit-sakit sendi jika terlalu banyak berjalan. Namun, itu tidak menghalang Ayah untuk membawa Mama, Jaja dan aku berjalan-jalan di kota London. Sehari sebelum Ayah, Mama dan Jaja pulang ke Malaysia, aku merajuk dengan Mama. Mama pula, walaupun tahu aku merajuk, tetap tidak pedulikan aku, lagi dibiarkan aku berjalan dibelakang seorang diri. Ayah seakan memahami perasaan aku, selalu berhenti dan menunggu aku. Ayah memujuk dengan mengajak aku minum dengannya ketika Mama dan Jaja ingin mencari beg tangan. Aku senyum, terkejut dengan ajakan Ayah, dan merajuk aku mula reda. Aku kembali ketawa, kembali riang. Ayah pujuk aku lagi dengan membelikan sebuah beg tangan sebagai hadiah hari jadi aku. Keesokan harinya, sebelum mereka bertolak ke lapangan terbang, sempat mereka menghantar aku ke stesen bas. Bas sampai dan aku salami tangan Jaja, mencium pipinya diikuti dengan Mama. Aku kemudiannya menyalam tangan Ayah dan mengucup kedua pipinya. Dan itulah kucupan terakhir aku di pipi Ayah.

Beberapa bulan sebelum pemergian Ayah, Mama beritahu aku lagi yang tangan dan kaki Ayah yang sering bengkak itu bukan disebabkan oleh penyakit Gaoutnya. Mama bagitahu yang Ayah mengalami masalah dengan saraf, kulit tangannya mula tegang, tangannya sentiasa sejuk dan Ayah tidak lagi boleh makan dengan menggunakan tangan. Ayah menjadi lebih kurus. Ubat yang diberikan doktor pula seakan tidak sesuai. Degupan jantung Ayah terlalu cepat akibat ubat dan doktor suruh Ayah berhenti mengambilnya.

Dalam pada kesihatan Ayah yang begitu, Ayah tetap lagi bekerja, terus bekerja kuat. Ayah tetap lagi berulang alik setiap minggu ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Seminggu sebelum Ayah demam, aku menelefon rumah, perkara biasa yang aku lakukan tiap kali hujung minggu. Ayah terlalu banyak cakapnya. Ayah berulang kali menyatakan yang dia akan ke Genting untuk menghantar Mama berkursus. Aku mula pelik, Ayah seorang yang pendiam, Ayah tidak banyak bercakap. Perasaan itu hanya aku pendamkan dan itulah kali terakhir aku bercakap dengan ayah. Dua hari sebelum Ayah demam, Ayah telah ke Kuala Lumpur untuk satu lagi menyuarat. Pulang dari Kuala Lumpur, Ayah memandu pula ke Genting untuk mengambil Mama pulang dari kursus.

Ketika aku menelefon rumah, Mama bagitahu yang Ayah dan Adek demam. Terdetik hatiku yang Mama berkorban menjaga suami dan anaknya yang sakit pada Hari Ibu. Dalam telefon, aku terdengar suara Ayah di belakang, ceria sekali, bersembang dengan Uncle dan Aunty seakan Ayah tiada sakitnya. Itulah kali terakhir aku mendengan suaranya. Esoknya aku telefon Mama lagi, Mama kata Ayah masih demam dan sedang berehat. Bila Mama tanya adakah aku ingin bercakap dengan Ayah, aku jawab, takpa lah, biarkan Ayah berehat. Rupanya, takkan ada lagi panggilan telefon dariku untuk Ayah.

Pada 14 Mei, Mama menghantar mesej menyatakan Ayah telah dimasukkan ke hospital. Aku telefon Mama. Mama hanya nyatakan yang Ayah ok. Mama pesan untuk terus doakan kesihatan Ayah, doakan kekuatan untuk Mama. Air mata terus mengalir. Aku ambil wuduk dan terus baca Yassin. Setelah itu, aku lari ke rumah Tiqah, mencari seseorang untuk bercerita. Malam itu, aku mengalami kesukaran untuk tidur. Aku teringatkan rumah. Aku rasakan kepulangan aku pada bulan Julai ini seakan terlalu jauh. Air mata mengalir lagi sehinggalah aku tidur jam 4 pagi.

Pada 15 Mei, lebih kurang jam 10 pagi, aku terima mesej dari Jaja mengatakan Ayah stabil dan tidak lama kemudian satu lagi mesej masuk, dari Along pula. Ayah dimasukkan ke ICU. Doktor telah berikan Ayah ubat tidur untuk menenangkannya dan Ayah tidak pernah lagi sedar sehingga pemergiannya pada jam 1.04 tengah hari 17 Mei.

Daripada apa yang aku dengar, selama Ayah di ICU, bacaan surah Yassin dan kalimah syahadah sentiasa menemani Ayah. Aku dengar lagi yang Ayah pergi dengan tenang sekali, sehinggakan mereka yang berada di sekelilingnya tidak perasan akan perginya Ayah. Tiada kerutan di muka atau apa pun. Terlalu tenang pemergiannya. Jenazah Ayah disembahyangkan di masjid TLDM dan dari apa yang aku dengar lagi, jenazah Ayah disembahyangkan tiga kali. Ayah dikebumikan pada hari yang sama selepas Asar, menjadikan aku anaknya yang tak dapat mengiring pemergiannya.

Ayah menghembuskan nafas terakhir ketika aku dalam kapal terbang, beberapa jam sebelum sampainya aku di KLIA. Aku yang tidur didalam kapal terbang bermimpi yang Mama menelefon aku menyatakan Ayah sudah tiada. Bila dicongak, mimpi itu sama masanya dengan pemergian Ayah. Mungkin itu caranya untuk menjadikan aku lebih bersedia dengan berita yang aku terima sebaik sahaja mencecahkan kaki di KLIA.

Aku redha dengan pemergian Ayah. Tiada apa yang boleh aku sangkal. Aku tidak pernah menyoal kenapa Mama tidak menunggu kepulangan aku sebelum mengebumikan Ayah. Aku sedar semuanya ketentuan ILLAHI dan tiada apa yang boleh dipersoalkan. Aku sedar semua yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, aku mula nampak antara hikmah-hikmah itu. Aku bersyukur yang aku menerima dugaan ini dalam kedudukan aku sebagai seorang umat Islam, membuatkan aku lebih sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Banyak lagi kisah Ayah yang belum aku ceritakan. Terlalu banyak kenangan aku bersama Ayah. Tapi cukuplah untuk kali ini. Aku akan ceritakan lagi tetapi buat masa ini, biarlah segala kisah dan kenangan itu aku simpan dahulu.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Al-Fatehah.

Mama, Ayah dan Alin, University of Warwick.

Ayah,
Alin nak Ayah tahu yang Alin sentiasa rindukan Ayah dan Ayah akan sentiasa berada di hati Alin. I love you, Ayah.

Fear of Oats..

I have never eaten oats before. Takut. Takut dgn rasenye yang mungkin tawar itu. Lagi pon healthy food ni kan jarang ade yg sedap kan. But then, hati tergerak nk makan oats for sahur setelah nampak bende ni kat ASDA hari tuh.

Mungkin it was not the oats that attracted me most, but maybe it was the price of that thing. 99p sahaja per box of 5 sachets. 3 boxes for only GBP2. Ade la perasaan gatal nk beli 3 kotak terus kan since there are three flavours available pon, Chocolate, Raspberry n Apple and Original Taste. Tp pikir jugak dulu yg I should give this thing a try first. Klu sedap baru beli lg.

So, this is how the Oatibix Porridge looks like after being cooked. Nak masak senang jer. Reneh 160 ml of milk till almost boil and then put in one sachet of Oatibix Porridge. Then, tunggu until the mixture is thick enough and Voila! Siap dah. Buleh makan.

Yang polka dot merah tu raspberry ye adek-adek. Rase Oatibix Porridge ni buleh laa. Sedap la jugak tp nasib baik tak beli sampai 3 kotak hr tuh. If you know what I mean. 😛

Currently, struggling my way out to finish this one. Should have cooked half a sachet je.

Of telekung and Casper the friendly ghost.

This week is a Freshers’ Week in Marjon and it seems that the local students have been partying and drunk all night every night. We had our teraweh in one of the classrooms and while praying, we heard drunken guys singing down on the road. So, yesterday, during moreh after the teraweh, Ejat was asking each and everyone of us to be extra careful since every Wednesday night is a gathering night for all the sports students and it’s freshers’ week anyway. It’s definite that drunk people are gonna be everywhere. Then, one of the Cohort 3s were saying that they’ve been called Jesus by these local students. It was either that the local students were drunk at that time, or just simply because we had our telekung on for teraweh. We laughed upon hearing the story and I simply said, “If that happened again some other time, tell them we are not Jesus, we are just Casper the friendly ghost.

*roll on the floor laughing*

Spot on.